FAQ



1. Soalan: Di manakah boleh kami dapatkan borang permohonan Skim Tunas?

Jawapan: Sila dapatkan borang berkenaan di pejabat Rantaian Mesra Sdn Bhd. Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam Tel: 03-5481 8800 Faks: 03-5524 2068

2. Soalan: Adakah keluarga yang berpendapatan lebih dari RM1500 boleh memohon bantuan Skim Tunas ini?

Jawapan: Kerajaan Selangor sedar ada keluarga yang berpendapatan RM1520.00 atau lebih tetapi mempunyai anak yang ramai. Anda boleh memohon. Sila isi borang permohonan anak untuk dapatkan bantuan Skim Tunas. MPTS akan mempertimbangkan permohonan dari sudut pendapatan, bilangan anak dalam tanggungan, dan kos sara hidup tempat tinggal (miskin bandar, miskin luar bandar).

3. Soalan: Bagaimana kalau tidak ada slip gaji kerana bekerja sendiri?

Jawapan: Sila buat surat akuan mengenai pendapatan diri/keluarga, dan dapatkan sokongan pengesahan dari JKKK, Nazir Masjid, Pengerusi Taman, atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

4. Soalan: Anak belajar di Tadika yang ditanggung oleh pihak pengusaha Tadika misalnya Tadika KEMAS. Adakah anak itu layak menerima bantuan Skim Tunas?

Jawapan: Skim Tunas diberikan kepada keluarga yang tidak mampu membayar yuran Tadika sehingga menyebabkan anaknya tidak berpeluang mengikuti pendidikan prasekolah. Maka anak itu layak mendapat Skim TUNAS. Manakala bagi pendidikan prasekolah anak yang sudah ditanggung oleh pihak pengusaha Tadika, maka anaknya tidak layak menerima Skim Tunas.

5. Soalan: Adakah sesuatu Tadika itu tidak ada pelajar yang layak untuk mendapat Skim Tunas tidak boleh berdaftar dengan MPTS ?

Jawapan: Semua Tadika di Selangor boleh berdaftar di bawah MPTS bagi mendapat manfaat ke atas program yang akan dijalankan oleh kerajaan negeri berkaitan dengan prasekolah, misalnya kursus perguruan, kursus pengajaran dan pembelajaran, kursus pengurusan, dan bantuan kewangan lain bagi membantu Tadika yang memerlukan.

6. Soalan: Kami mempunyai pendapatan seisi rumah lebih daripada RM3000.00 tapi anak kami ramai dan tanggungan kos sara hidup kami tinggi. Adakah kami boleh memohon Skim Tunas untuk anak kami?

Jawapan: Sila isi borang permohonan anak untuk dapatkan bantuan Skim Tunas. MPTS akan meneliti permohonan dari sudut pendapatan, bilangan anak dalam tanggungan, dan kos sara hidup tempat tinggal (miskin bandar, miskin luar bandar).

7. Soalan: Di Tadika kami ada kanak-kanak dari keluarga miskin tetapi kami tidak ada dokumen sijil beranak dan juga kanak-kanak yang mahu belajar di Tadika kami tetapi mereka bukan warganegara. Adakah mereka layak mendapat Skim Tunas?

Jawapan: Semua borang permohonan Skim Tunas yang diisikan hendaklah disertakan dengan dokumen yang sah supaya dapat dipertimbangkan. Skim Tunas hanya untuk warganegara.

8. Soalan:Bolehkah Tadika KEMAS dan Tadika Jabatan kerajaan berdaftar dengan MPTS?

Jawapan: Semua Tadika di Selangor boleh berdaftar di bawah MPTS bagi mendapat manfaat ke atas program yang akan dijalankan oleh kerajaan negeri berkaitan dengan prasekolah, misalnya kursus perguruan, kursus pengajaran dan pembelajaran, kursus pengurusan, dan bantuan kewangan lain bagi membantu Tadika yang memerlukan.

9. Soalan: Saya ingin memohon Skim Tunas untuk anak saya belajar di Tadika berhampiran, tetapi Tadika itu tidak berdaftar dengan MPTS. Jadi bagaimana?

Jawapan: Tadika tersebut perlu berdaftar dengan MPTS bagi tujuan pemantauan. Malah pembayaran Skim Tunas akan dibuat atas nama Tadika berkenaan di mana anak tuanpuan belajar.

10. Soalan: Anak saya belajar di Tadika yang menanggung kos pendidikan prasekolah anak saya, tetapi pendapatan saya kurang daripada RM1500. Bolehkah saya memohon Skim Tunas untuk anak saya?

Jawapan: Skim Tunas disediakan untuk golongan berpendapatan RM1500 dan ke bawah serta membayar yuran prasekolah di Tadika yang berdaftar dengan MPTS sahaja. Jika pihak Tadika telah menanggung kos prasekolah anak tuan/puan, maka ia tidak layak untuk menerima Skim Tunas

11. Soalan: Saya berpendapatan RM1500 dan kebawah dan mahu menghantar anak saya ke Tadika berdekatan. Adakah anak saya akan mendapat RM50.00 setiap bulan?

Jawapan: Pembayaran Skim Tunas tidak diberikan terus kepada kanak-kanak atau ibubapa/penjaga tetapi diberikan kepada Tadika di mana kanak-kanak itu belajar.

12. Soalan: Saya menghantar anak saya ke Tadika berhampiran tetapi Tadika itu tidak layak untuk berdaftar dengan MPTS kerana baru sahaja buka minggu lepas. Jadi bagaimana saya boleh dapat Skim Tunas dalam keadaan begini?

Jawapan: Semua Tadika yang telah berpoperasi selama tiga tahun atau lebih adalah layak untuk berdaftar dengan MPTS dan kanak-kanak yang berdaftar dengan Tadika tersebut layak memohon Skim Tunas.

13. Soalan: Adakah prasekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dan beroperasi di sekolah rendah kerajaan boleh memohon Skim Tunas ini? Prasekolah di sekolah juga mengenakan yuran kepada pelajar.

Jawapan: Boleh. Ibubapa/penjaga boleh isi borang permohonan anak untuk dapatkan bantuan Skim Tunas. Dan pihak prasekolah juga perlu isi borang pendaftaran MPTS serta lampirkan sijil pendaftaran prasekolah.

14. Tadika kami berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dan Jabatan Agama Islam Selangor. Sijil pendaftaran mana yang perlu kami berikan pada MPTS?

Jawapan: Tadika boleh berikan salah satu daripada sijil pendafataran yang diterima samada daripada Kementerian Pelajaran dan Jabatan Agama Islam Selangor, dan salinan sijil disahkan oleh pihak berautoriti.

15. Soalan: Tadika kami mengenakan yuran prasekolah kurangdaripada RM50.00, misalnya RM30.00, RM20.00, atau RM5.00 sahaja. Apakah kanak-kanak yang belajar di Tadika kami boleh tuntut bayaran RM50.00 dari Skim Tunas?

Jawapan: Skim Tunas membantu membiayai yuran prasekolah kanak-kanak yang layak mengikut yuran Tadika dan jumlah maksima yang boleh dibayar ialah RM50.00 sahaja. Jika yuran Tadika kurang daripada RM50.00, Skim Tunas akan bayar kurang daripada RM50.00 mengikut yuran rasmi Tadika. Jika yuran Tadika itu lebih daripada RM50, maka Skim Tunas akan bayar RM50.00 sahaja. Tujuan utama pembiayaan yuran ini ialah meringankan beban ibubpa/penjaga yang berpendapatan rendah dan bagi memastikan kanak-kanak dapat ikuti pendidikan awal di Tadika.

16. Soalan: Bagaimana proses permohonan Skim ini berjalan? Berapa lamakah jangkamasa diambil untuk permohonan skim ini diluluskan dan diterima oleh kami?

Jawapan: Semua permohonan hendaklah dihantar sebelum 25hb pada setiap bulan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut akan diproses pada bulan seterusnya. Permohonan akan diproses dalam tempoh seminggu selepas 25hb. Makluman menegenai permohonan diterima atau ditolak akan dibuat melalui email dan atau surat. Permohonan yang ditolak boleh dirayu semula dengan memberikan sebab munasabah dan dokumen tambahan jika ada.

17. Soalan: Adakah Tadika yang baru mendaftar dengan MPTS perlu menunggu kelulusan dari pihak MPTS dan setelah itu baru boleh membuka permohonan Skim ini kepada pelajar kami?

Jawapan: Tadika hendaklah memohon dan mendapat kelulusan keahlian MPTS, dan kemudian barulah Tadika berkenaan boleh mendapatkan borang permohonan Skim Tunas untuk pelajar mereka.

18. Soalan: Skim Tunas ini hanya untuk murid-murid/ibubapa sahaja ? Bagaimana dengan tadika/pra-sekolah itu sendiri. Dari segi penambah-baikan/naik taraf ? Ada kemudahan seperti geran bantuan ? Jika ada bagaimana untuk memohon?

Jawapan: Semua TADIKA di Selangor boleh berdaftar dengan MPTS. MPTS mempunyai perancangan untuk membantu meningkatkan kualiti Tadika di Selangor dari sudut kurikulum, latihan perguruan, dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Buat masa ini belum ada perancangan untuk membantu Tadika dari sudut pembaikan insfrastruktur.


Share |

 

Bantuan SEGERA

Statistik Tunas

img_3057250da73a47e9f1.jpg

Pra-Daftar Pemilik Tadika

pradaftar.png

Semak Permohonan

pendaftaran.png
kemaskini.png
semakan.png

Pautan

img_26255002db88cd0ca.png
img_212385002dd044090c.png
img_188055002de57ae33f.png