Mengenali

perihal

PROGRAM Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) diteruskan lagi. Sebagaimana yang dijanjikan, program Hasil Negeri Untuk Rakyat itu akan terus ditambah dari semasa ke semasa bagi memastikan matlamat asal program tersebut terlaksana. Skim Bantuan Tadika Selangor atau TUNAS adalah satu lagi program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang berkait rapat dengan pendidikan. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa serius dengan pendidikan, terutama pendidikan awal. Sebelum ini ada Program Tuisyen Rakyat, Hadiah Masuk Universiti dan kini TUNAS, Skim Bantuan Tadika Selangor.


Bantuan yang dimaksudkan adalah bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak TADIKA yang layak. Bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.


Pada peringkat awal, kelayakan bantuan adalah untuk ibu bapa yang berpendapatan RM1,500 ke bawah. Peringkat berikutnya, kelayakan untuk ibu bapa yang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan dipertimbangkan. 


Bagi memastikan kelancarannya, TUNAS ditadbir oleh Rantaian Mesra Sdn. Bhd., anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, pentadbir yang berpengalaman mentadbir beberapa Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang lain seperti Skim Mesra Usia Emas dan Skim Kesihatan Wanita. 



Share |

 

Bantuan SEGERA

Statistik Tunas

img_3057250da73a47e9f1.jpg

Pra-Daftar Pemilik Tadika

pradaftar.png

Semak Permohonan

pendaftaran.png
kemaskini.png
semakan.png

Pautan

img_26255002db88cd0ca.png
img_212385002dd044090c.png
img_188055002de57ae33f.png