Perutusan


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Dalam kita memperjuangkan pendidikan percuma untuk Malaysia, kita di Selangor telah memulakan langkah memberi pendidikan percuma untuk pendidikan peringkat paling asas iaitu peringkat TADIKA.

Walaupun tidak percuma sepenuhnya, namum ia boleh dijadikan permulaan langkah bagi membuktikan bahawa pendidikan percuma boleh dilaksanakan sekiranya hasil negeri ditadbir, diurus dengan bijak dan dikembalikan kepada rakyat. Melalui Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), Skim TUNAS diwujudkan bagi menyempurnakan pembahagian Hasil Negeri Untuk Rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor juga serius mengutamakan pendidikan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor. Ini terbukti apabila sebelum ini sudah ada Program Tuisyen Rakyat Selangor, Hadiah Masuk Universiti dan kini TUNAS, Skim Bantuan TADIKA Selangor.

TUNAS tidak memberikan wang tunai sebanyak RM50 kepada ibu bapa kanak-kanak sebaliknya manfaat sebanyak RM50 itu disalurkan terus kepada sekolah TADIKA yang terlibat bagi memastikan matlamat Skim ini terlaksana dengan sempurna.

Sebelum melaksanakan TUNAS, kajian telah dijalankan bagi mengkaji taburan tadika-tadika di seluruh negeri Selangor termasuk lokasinya, bilangan pelajar dan keadaan tadika yang ada bagi memastikan Skim TUNAS ini terlaksana dengan sempurna.

Untuk fasa pertama, pada tahun 2012, Skim TUNAS ini telah memperoleh peruntukan sebanyak RM1.016 juta dari Geran Selangorku. Pada tahun 2013 pula, peruntukan skim ini akan diteruskan dan dimasukkan ke dalam belanjawan berimbang.

Di kesempatan ini juga saya mengucapkan tahniah kepada Rantaian Mesra Sdn. Bhd., anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang menjadi pentadbir Skim TUNAS ini dan menjadi pentadbir yang efisyen untuk dua program IPR sebelum ini, Skim Mesra Usia Emas dan Skim Si KEMBAR.

Akhirukalam, marilah sama-sama kita berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan terlaksana sepenuhnya Hasil Negeri Untuk Rakyat.

Wasalam.

YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad
EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan,
Sains & Teknologi dan Inovasi
Negeri Selangor



Share |

 

Bantuan SEGERA

Statistik Tunas

img_3057250da73a47e9f1.jpg

Pra-Daftar Pemilik Tadika

pradaftar.png

Semak Permohonan

pendaftaran.png
kemaskini.png
semakan.png

Pautan

img_26255002db88cd0ca.png
img_212385002dd044090c.png
img_188055002de57ae33f.png