[ Berita Terkini ]
Skim Tunas Selangor tumpu tingkat pendidikan Tadika seluruh negeri
Posting pada:  2017/4/17 11:08:38 ( 189 kali di baca )

SHAH ALAM, 1 OGOS : Kerajaan Negeri giat merancakkan lagi pelan pembangunan pendidikan negeri menerusi Skim Tunas Selangor dengan tumpuan sasaran kepada pendidikan kanak-kanak tadika seluruh negeri.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata insiatif tersebut digerakkan supaya semua peringkat umur kanak-kanak mendapat manfaat pendidikan jangka panjang.

“Kerajaan Selangor memandang serius tentang perkembangan sektor pendidikan di Selangor terutamanya pendidikan awal kanak-kanak.



“Seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, kerajaan negeri berharap agar setiap anak-anak yang lahir di negeri ini mendapat pendidikan sebaik mungkin terutamanya pada peringkat awalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Cek Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Fasa 1/2016 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini.Bantuan sebanyak RM2,123,170 diagihkan kepada 360 buah sekolah tadika di sekitar Daerah Klang dan Petaling memanfaatkan seramai 3,943 penerima.

logo-tunas-finalManakala jumlah keseluruhan penerima bagi seluruh negeri adalah seramai 9,154 penerima, dengan jumlah tadika sebanyak 856, dan jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah RM4.88juta.

Nik Nazmi berkata, tahun ini bantuan TUNAS ini diberi penyelarasan dengan mempertingkatkan kadar pendapatan penerima subsidi RM50 yang layak iaitu kepada keluarga berpendapatan bawah daripada RM3,000.

Inisiatif tersebut dijangka bakal memberi manfaat jangka panjang kepada keluarga berpendapatan sederhana seluruh negeri, terutamanya penduduk kawasan luar bandar.

“Matlamat inilah menjadi iltizam Kerajaan Negeri untuk terus menyediakan bantuan tadika ini kepada golongan keluarga berpendapatan rendah kerana kami tidak mahu ada anak-anak yang ketinggalan,” katanya.

OLEH ERMIZI MUHAMAD (Selangorkini.com)

EZY

Share |


Bantuan SEGERA

Statistik Tunas

img_3057250da73a47e9f1.jpg

Pra-Daftar Pemilik Tadika

pradaftar.png

Semak Permohonan

pendaftaran.png
kemaskini.png
semakan.png

Pautan

img_26255002db88cd0ca.png
img_212385002dd044090c.png
img_188055002de57ae33f.png