[ Berita Terkini ]
Bantuan pendidikan berterusan bukti Kerajaan Negeri peduli rakyat
Posting pada:  2016/5/22 8:40:00 ( 355 kali di baca )

KUALA KUBU BHARU, 22 MEI: Komitmen berterusan Kerajaan Negeri memperkasa sektor pendidikan melalui pelbagai skim bantuan mendapat reaksi positif dan sokongan padu warga pendidik.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Escot, M Vijayakumar, 28, menzahirkan rasa terharu atas Bantuan Pendidikan Selangor yang diterima sekolahnya, sejak empat tahun lalu.

Katanya, bantuan lebih RM100,000 itu memberi manfaat dan banyak membantu ke arah penambahbaikan kemudahan serta pendidikan di sekolahnya.



“Melalui bantuan ini, kita berupaya menyediakan kemudahan dan persekitaran belajar lebih kondusif. Kita juga berjaya membina makmal komputer bernilai RM50 ribu.

“Kesannya, keputusan peperiksaan pelajar semakin bertambah baik setiap tahun,” katanya kepada Selangor Kini.



Beliau ditemui selepas Majlis Agihan Bantuan Pendidikan Selangor 2015 peringkat Hulu Selangor, di Dewan Dewan Serbaguna Kompleks Sukan, di sini, semalam.

Pengetua Tadika Perpaduan Rasabi, Sharifah Maulud, 47, bekata Skim TUNAS banyak membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah dan pelaksanaannya mencerminkan Kerajaan Negeri peduli rakyat.

“Program dilaksanakan ini memberi kesan positif kepada keluarga sasaran dan bebanan mereka dapat dikurangkan melalui bantuan diterima.

“Saya menyokong program ini dan berharap penambahbaikan berterusan pada masa depan demi kebaikan semua pihak,” katanya.



Sementara itu, Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Mohd Shakir Roshidi, 19, terhutang budi atas sumbangan Hadiah Anak Masuk Universiti yang diterimanya.

“Bantuan ini besar nilainya kepada saya. Ia satu penghargaan kepada anak Selangor yang melangkahkan kaki ke univerisiti.

“Saya akan manfaat duit ini untuk membeli barang keperluan dan berazam menamatkan Diploma Sains Komputer dengan cemerlang,” katanya.

-NFN-
Share |


Bantuan SEGERA

Statistik Tunas

img_3057250da73a47e9f1.jpg

Pra-Daftar Pemilik Tadika

pradaftar.png

Semak Permohonan

pendaftaran.png
kemaskini.png
semakan.png

Pautan

img_26255002db88cd0ca.png
img_212385002dd044090c.png
img_188055002de57ae33f.png