Posting pada:  2012/12/7 10:40:00 ( 2604 kali di baca )

PETALING JAYA - Dalam membantu keluarga berpendapatan rendah mendapatkan pendidikan pra-sekolah, Kerajaan Negeri memperuntukan dana RM3 juta untuk tahun depan bagi Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas).

Kerajaan Negeri juga mensasarkan untuk mendaftar 2,500 keluarga yang berpendapatan di
bawah RM1,500 untuk program tersebut yang memperuntukkan RM50 sebulan untuk penghantar anak ke tadika.

Setakat ini, skim tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan 1,500 keluarga dalam lima bulan sejak ia dilancarkan Julai lalu kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Baca Seterusnya... | 2324 bytes lagi
Posting pada:  2012/10/4 8:00:00 ( 3029 kali di baca )

Berita Terkini Sistem Pengkalan Data Tunas kini sudah dibuat pernambah baikan dengan tambahan modul untuk Petugas DUN dan Tadika.

Semua Petugas DUN dan Tadika boleh menggunakan modul berkenaan untuk mengakses maklumat-maklumat berkaitan Program Tunas seperti berikut:

Maklumat yang boleh diakses dari modul Petugas DUN:
-Senarai Tadika di bawah DUN berkenaan
-Senarai Pemohon di bawah DUN berkenaan
-Senarai Bayaran kepada Tadika di bawah DUN berkenaan
-Senarai Bayaran kepada Ibubapa di bawah DUN berkenaan
-Senarai Bayaran kepada anak-anak di bawah DUN berkenaan

Nota Penting: Semua pemohon disenaraikan mengikut DUN Tadika bukan DUN Pemohon.


Maklumat yang boleh diakses dari modul Petugas Tadika:
-Senarai Pemohon di bawah Tadika berkenaan
-Senarai Bayaran kepada Tadika di bawah Tadika berkenaan
-Senarai Bayaran kepada Ibubapa di bawah Tadika berkenaan
-Senarai Bayaran kepada anak-anak di bawah Tadika berkenaan

Selain daripada itu petugas DUN dan tadika juga boleh menyemak pendaftaran Tadika / pemohon / anak-anak diseluruh negeri Selangor.

Dapatkan Manual Petugas Tadika dengan klik link : http://www.e-tunas.org/system/pemohon/manual.pdf


Baca Seterusnya... | 3018 bytes lagi
Posting pada:  2012/7/24 10:20:00 ( 2531 kali di baca )

Berita Terkini Pihak RMSB dengan sukacita memaklumkan Pengkalan Data untuk Sistem Bantuan Tadika Selangor (Tunas) sudah siap dibangunkan sepenuhnya. Sistem tersebut telahpun diuji secara menyeluruh dan dibuat penambahkan yang diperlukan mengikut saranan pengguna.

Pihak RMSB sangat berpuas hati dengan sistem berkenaan yang sudah mula diguna pakai bagi membolehkan pembayaran pertama untuk skim tersebut untuk bulan pengajian Julai 2012 dibuat secepat mungkin.

Buat masa ini sistem berkenaan hanya untuk kegunaan dalaman kakitangan RMSB dan beberapa pihak tertentu sahaja.

Sistem berkenaan boleh diakses melalui URL berikut http://www.e-tunas.org/system/

Posting pada:  2012/7/15 18:10:00 ( 2577 kali di baca )

Berita Terkini SHAH ALAM, 2 JUL: Ibubapa di Selangor yang berpendapatan rendah kini boleh memohon untuk bantuan menghantar anak mereka ke tadika melalui Skim TUNAS di syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) di Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam.

RMSB yang merupakan anak syarikat milik Kerajaan Negeri bertanggungjawab menguruskan semua skim-skim dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor boleh dihubungi di talian 03-5510 3468 dan 03-5510 3472.

Baca Seterusnya... | 3463 bytes lagi

Bantuan SEGERA

Statistik Tunas

img_3057250da73a47e9f1.jpg

Pra-Daftar Pemilik Tadika

pradaftar.png

Semak Permohonan

pendaftaran.png
kemaskini.png
semakan.png

Pautan

img_26255002db88cd0ca.png
img_212385002dd044090c.png
img_188055002de57ae33f.png