SEBAGAIMANA yang dijanjikan, Inisiatif Peduli Rakyat IPR (dahulunya dikenali sebagai Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES)) diteruskan. Hasil Negeri Untuk Rakyat ditepati, semaksimum mungkin. Kini, satu lagi program IPR telah dilaksanakan mulai dari 1 Julai 2012.
TUNAS atau Skim Bantuan Tadika Selangor telah memulakan langkah bagi memberikan manfaat yuran untuk kanak-kanak TADIKA yang layak di Negeri Selangor. Asalkan rakyat Selangor yang layak akan memperoleh manfaat ini.
Manfaat ini berupa yuran sebanyak RM50.00 setiap bulan bagi menampung yuran TADIKA kanak-kanak yang layak. Bukan dalam bentuk tunai tetapi dalam bentuk yuran, disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dan layak. Jumlah ini adalah besar, disalurkan setiap bulan dan pasti dapat meringankan beban yuran TADIKA. Kanak-kanak di Negeri Selangor adalah aset penting Kerajaan Negeri Selangor. Mereka berhak merasai sama Hasil Negeri Untuk Rakyat yang akan terus dilaksanakan selagi Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor.
TUNAS adalah satu lagi bukti janji Kerajaan Negeri Selangor sentiasa ditepati. TUNAS juga bukti nyata, Hasil Negeri Untuk Rakyat semua peringkat umur, tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan fahaman politik. Asalkan rakyat Selangor yang layak, berhak menikmati Hasil Negeri Untuk Rakyat.