TUNAS (SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR) mengenakan syarat mudah bagi memperoleh manfaat tersebut:
- Warga negara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad).
- Sama ada:
a) Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor.
b) ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor.
c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.
- Pendapatan seisi rumah RM2,500 ke bawah.
- Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.
A) PROSEDUR PENDAFTARAN BARU
Borang Pemohonan hendaklah di isi dengan lengkap dan diserahkan bersama kesemua dokumen yang diperlukan kepada TADIKA yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS), di tempat pelajar pra-sekolah mengikuti pendidikan pra-sekolah. Contoh: pelajar tersebut mengikuti pendidikan pra-sekolah di TADIKA CERDIK (yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor), maka borang dan dokumen lengkap mestilah diserahkan kepada TADIKA CERDIK.
Dokumen yang diperlukan adalah:
a. Salinan Sijil Kelahiran anak yang dipohon
b. Salinan Mykad Pemohon DAN PASANGAN
c. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat / Cerai / Sijil Kematian Pengesahan Ibu Tunggal / Sakit (jika perlu)
D. BAGI KES-KES KHAS SILA SERTAKAN DOKUMEN SOKONGAN ATAU SURAT AKUAN SUMPAH
e. SESALINAN BIL AIR/ELEKTRIK/TM/ASTRO ATAS NAMA PEMOHON (BAGI PEMOHON BUKAN KOD 10/43 (JIKA TIADA SILA SERTAKAN BUKU MERAH IBU ATAU BUKU PEMERIKSAAN ANAK)
f. Cop Pengesahan Taraf Mastautin (bagi Pemohon bukan Mykad 10/43)
g. Slip gaji pemohon dan pasangan (PENGESAHAN PENDAPATAN BAGI YANG BEKERJA SENDIRI ATAU TIDAK BEKERJA/SURI RUMAH)
h. Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
- Pengesahan Pendapatan / Tidak Bekerja hendaklah disahkan Pegawai Kumpulan A DAN PIMPINAN MASYARAKAT SEPERTI JKKK, Penghulu, Pengerusi Taman Perumahan ATAU NAZIR MASJID
- Pendaftaran BARU MESTILAH MELALUI ONLINE DAN PERMOHONAN SEMULA BAGI PELAJAR YANG BERUSIA 5 TAHUN DAN AKAN SAMBUNG KE TAHUN SETERUSNYA, IBUBAPA DIMINTA MERUJUK TADIKA MASING-MASING
- BAGI PERMOHONAN SEMULA, TERDAPAT DUA (2) KATEGORI IAITU PELAJAR YANG BERJAYA DAN GAGAL. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN MENGIKUT YANG DIMINTA:-
a. PELAJAR YANG BERJAYA- TIDAK PERLU ONLINE
i. SLIP GAJI IBU DAN BAPA SAHAJA
ii. JIKA TIDAK BEKERJA, PENGESAHAN PENDAPATAN/TIDAK BEKERJA DIPERLUKAN
iii. JIKA BEKERJA SENDIRI, PENGESAHAN PENDAPATAN DIPERLUKAN.
iv. BAGI YANG TELAH TIADA PASANGAN, BOLEH DISERTAKAN DENGAN DOKUMEN SOKONGAN SAHAJA
b. PELAJAR YANG GAGAL- TIDAK PERLU ONLINE
i. RUJUK SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN DIATAS (A1)
B) SYARAT KELAYAKAN PRA-SEKOLAH / TADIKA
- Telah beroperasi di Selangor tidak kurang dari 3 tahun.
- Mengisi Borang Permohonan (rujuk Borang MPTS(D)012012) untuk menjadi ahli Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, lengkap dengan bukti penubuhan (Sijil Pendaftaran dan lain-lain yang berkaitan).
- Memperoleh pengesahan keahlian Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) setelah MPTS membuat penilaian kea tas dokumen, premis, dan perkara asas dalam pengendalian TADIKA. (Rujuk Borang MPTS(D)012012)
C) PROSES PEMBAYARAN
- Setelah borang yang lengkap diterima, disahkan, diproses dan diluluskan, maka bayaran untuk SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS) akan dibayar kepada TADIKA di mana anak berkenaan didaftarkan.
- Jumlah sebanyak RM50 sebulan akan dibayar setiap tiga bulan bagi setiap anak yang didaftarkan dan lulus.
- Kelulusan adalah untuk tempoh Januari sehingga November. Permohonan semula perlu dibuat setiap tahun SELEPAS DIUMUMKAN oleh pihak RMSB. Untuk tahun pendaftaran 2016 tarikh tutup pendaftaran adalah pada 29hb Februari 2016
- IBU BAPA PERLU MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN SEPERTI BIASA WALAUPUN PERMOHONAN BERJAYA. PEMOTONGAN AWAL YURAN HANYA DIBENARKAN JIKA MENDAPAT PERSETUJUAN DIANTARA TADIKA DAN IBUBAPA PELAJAR SAHAJA.